Rabu, 25 April 2012

Hidup ini tidak terlepas dari pelbagai masalah dan konflik. Sudah pasti anda memerlukan seseorang untuk meluahkannya. Jika anda berasa........
  • Murung
  • Bimbang
  • Tertekan
  • Sedih
  • Jiwa tidak tenang
  • Ingin mengenali personaliti diri dan orang sekeliling anda
  • Tiada motivasi diri
  • Kesunyian  
dan mengalami masalah.......
  • Cinta
  • Keluarga
  • Kerjaya
  • Pendidikan
Oleh yang demikian, sekiranya anda mengalami perkara-perkara yang berkaitan di atas, anda bolehlah berkongsi, meluahkan bersama kami melalui e-kaunseling Saujana Qaseh.

Selasa, 24 April 2012

Pelaksanaan e-kaunseling Sarjana Qaseh
  • Saujana Qaseh memberi perkhidmatan bukan dalam bentuk nasihat tetapi lebih kepada memahami diri dan isu yang dihadapi, berkongsi pandangan, pengalaman, kesedihan, kegembiraan dan akhir sekali, perkhidmatan yang diberikan akan memberi jalan penyelesaian yang ditentukan oleh anda sendiri tetapi bukan ditentukan oleh kaunselor.
Antara kes-kes yang kami kendalikan ialah:

(I)    Kaunseling Keluarga
  • Kes Penceraian
  • Pergolakan rumah tangga
  • Masalah anak-anak
  • Penderaan
  • Kewangan
  • Konflik komunikasi suami isteri
  • dan seumpamanya. 
Definisi e-kaunseling

Kosep asas e-kaunseling ialah satu proses interaksi antara klien  dan kaunselor yang berada dalam lokasi yang berbeza dan  menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi. Medium yang digunakan berbeza kerana kaunseling bersemuka bertemu klien secara langsung dalam ruang  yang sama sedangkan e-kaunseling pula menggunakan talian internet sebagai penghubung antara klien dan kaunselor yang berada di dua lokasi berbeza. 

Perkhidmatan e-kaunseling ini ditawarkan dalam dua cara iaitu melalui e-mel dan ruang sembang. Kaedah pertama ialah e-kaunseling secara e-mel. Perkhidmatan e-kaunseling melalui e-mel ialah perkhidmatan  kaunseling yang ditawarkan melalui balasan e-mel. Klien hanya perlu menghubungi kaunselor melalui alamat e-mel yang dibekalkan dalam laman web. Klien boleh menghantar e-mel kepada kaunselor untuk menyelesaikan permasalah yang dihadapinya. Balasan dijanjikan dalam tempoh yang tertentu seperti  48 jam.

Ahad, 22 April 2012


E-MEL

Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan dan permasalahan, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel. Sila hantarkan permasalahan anda ke alamat e-mel saujanaqaseh367@gmail.com.
Melalui e-mel tersebut, anda hendaklah menuliskan nama, jantina, no. tel, status perkahwinan, status pekerjaan dan nyatakan permasalahan yang anda ingin kongsikan.
Anda boleh membuat pembayaran di Cimb Bank. No. Akaun : 13002245008988.
Selepas anda membuat pembayaran, sila maklumkan pembayaran tersebut serta nyatakan juga nombor rujukan pada slip pembayaran tersebut melalui emel yang telah dinyatakan di atas atau SMS ke 013-9898687.

 Makluman
* Setiap e-mel akan dibalas dalam masa 48 jam.
* Bayaran untuk setiap e-mel adalah sebanyak RM60.


CHAT

Chat merupakan sesi perbualan bertulis (chat) di antara anda dengan kaunselor. Chat bolehlah dibuat melalui Yahoo Messanger atau Skype. Anda perlu melakukan perkara berikut sebelum dapat membuat sesi melalui chat:
  1. Anda perlu mempunyai program Yahoo Messenger atau Skype di dalam komputer anda.
  2. Anda perlu melihat jadual bertugas kaunselor-kaunselor anda di bawah sebelum membuat temu janji.
  3. Sila hantarkan butiran anda melalui chat kepada kaunselor pada waktu kaunselor bertugas untuk menetapkan temujanji. Anda akan diberitahu tarikh dan masa yang sesuai untuk sesi chat tersebut.
  4. Selepas kaunselor menetapkan tarikh, anda boleh membuat pembayaran di Cimb Bank. No. Akaun : 13002245008988.
  5. Selepas anda membuat pembayaran, sila maklumkan pembayaran tersebut serta nyatakan juga nombor rujukan pada slip pembayaran tersebut melalui emel yang telah dinyatakan di atas atau SMS ke 013-9898687.
Makluman
* Setiap sesi chat adalah selama 40 minit hingga 1 jam. 
* Setiap sesi chat dilakukan secara individu iaitu seorang klien dan seorang kaunselor sahaja.
* Bayaran untuk setiap sesi adalah sebanyak RM70.
* Bayaran tersebut adalah bukan untuk caj perkhidmatan sesi kaunseling tetapi untuk caj perkhidmatan pengurusan laman.
**Sekiranya anda mendapati kami tidak online melalui Yahoo Messenger, itu bermakna kami online menggunakan Skype. 

Jadual bertugas untuk sesi chat bersama kaunselor Saujana Qaseh :

ISNIN
Sesi 1: 10.00-11.00 pagi
Kauselor: Khuzaimah Binti Mustapa
E-mel: imah_325@yahoo.com.my

Sesi 2: 2.30-3.30 petang
Kaunselor : Nurhamiza Binti Hadani
E-mel: myza_dany89@yahoo.com.my


SELASA
Sesi 1: 10.00-11.00 pagi
Kauselor: Nor Ayuni Binti Suhaimi
E-mel: abata1234@yahoo.com

Sesi 2: 2.30-3.30 petang
Kaunselor : Khuzaimah Binti Mustapa
E-mel: imah_325@yahoo.com.my


RABU
Sesi 1: 10.00-11.00 pagi
Kaunselor : Nurhamiza Binti Hadani
E-mel: myza_dany89@yahoo.com.my

Sesi 2: 2.30-3.30 petang
Kauselor: Nor Ayuni Binti Suhaimi
E-mel: abata1234@yahoo.com



TELE

Perkhidmatan melalui tele kaunseling iaitu melalui telefon hanyalah untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan sahaja. Tele kaunseling juga hanyalah untuk anda memaklumkan mengenai pembayaran yang telah dibuat sahaja.

Makluman 
*Perkhidmatan melalui telefon hanya beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Harap maklum.