MUKADIMAH

Definisi e-kaunseling

E-kaunseling yang diberikan oleh British Association for  Counseling and Psychoterapy  ialah satu proses kaunseling alternatif  yang berlaku di alam maya berasaskan teks dalam internet samada melalui emel atau ruang sembang.

Kosep asas e-kaunseling ialah satu proses interaksi antara klien  dan kaunselor yang berada dalam lokasi yang berbeza dan  menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi. Medium yang digunakan berbeza kerana kaunseling bersemuka bertemu klien secara langsung dalam ruang  yang sama sedangkan e-kaunseling pula menggunakan talian internet sebagai penghubung antara klien dan kaunselor yang berada di dua lokasi berbeza. 

Perkhidmatan e-kaunseling ini ditawarkan dalam dua cara iaitu melalui e-mel dan ruang sembang.
Kaedah pertama ialah e-kaunseling secara e-mel. Perkhidmatan e-kaunseling melalui e-mel ialah perkhidmatan  kaunseling yang ditawarkan melalui balasan e-mel. Klien hanya perlu menghubungi kaunselor melalui alamat e-mel yang dibekalkan dalam laman web. Klien boleh menghantar e-mel kepada kaunselor untuk menyelesaikan permasalah yang dihadapinya. Balasan dijanjikan dalam tempoh yang tertentu seperti  48 jam.

Kaedah e-kaunseling yang kedua ialah kaedah ruang sembang (chatroom). Kaedah ruang sembang ini ialah apabila klien dan kaunselor bertemu dan berinteraksi  di alam siber dalam waktu yang sama  (synchronous). Mereka bertemu dalam ruang sembang yang ditawarkan di laman web ataupun sistem  ’instant messaging’. Kaunseling dalam ruang sembang pula beroperasi secara langsung dalam ruang sembang yang disediakan. Klien boleh membuat temujanji tarikh dan masa bagi membolehkan kedua-dua klien dan kaunselor berinteraksi secara langsung ataupun terus log masuk dalam waktu bertugas kaunselor.  Bagi membantu klien, jadual bertugas kaunselor disediakan  bagi kemudahan klien. Proses kaunseling melalui ruang sembang boleh dilakukan dengan menghubungi laman web seseorang kaunselor atau sesuatu organisasi perkhidmatan kaunseling, membuat temujanji, membayar yuran dan seterusnya menghadiri sesi dalam ruang sembang yang disediakan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan